Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, perjawatan, aset, keselamatan serta pengurusan pejabat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan BPSM dilaksanakan secara cekap, teratur dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.
Mengurus urusan pentadbiran pejabat dan keselamatan jabatan.
Mengurus hal ehwal perkhidmatan dan kebajikan anggota BPSM.
Menyelaras pelaksanaan arahan, pekeliling dan peraturan semasa yang berkaitan.
Mengurus dan memantau perbelanjaan serta kewangan jabatan mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan.
Mengurus rekod, dokumentasi dan fail pentadbiran jabatan secara sistematik dan teratur.
Mengurus urusan mesyuarat serta penyediaan minit mesyuarat jabatan.
Mengurus kemudahan, penyelenggaraan dan penggunaan kenderaan jabatan.
Mengurus pelupusan aset alih, harta modal dan inventori jabatan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Mengurus dan menyelaras tindakan terhadap aduan yang diterima.
Menyelenggara laman web BPSM.