Logo Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

LAMAN WEB RASMI

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Komitmen Perkhidmatan

Piagam Pelanggan

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan berkualiti selaras dengan keperluan pelanggan dan aspirasi organisasi.

01
Memproses pengisian dan penempatan calon berjaya yang diterima daripada SPAJ atau Lembaga Kenaikan Pangkat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh senarai calon dikemukakan.
30 hari
02
Memaklumkan keputusan permohonan perletakan jawatan dan pelepasan dengan izin dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
30 hari
03
Memberi maklum balas permohonan pertukaran anggota perkhidmatan awam negeri dalam tempoh 90 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
90 hari
04
Memproses permohonan persaraan pilihan anggota perkhidmatan awam negeri dalam tempoh 180 hari selepas menerima dokumen lengkap.
180 hari
05
Memproses permohonan gantian cuti rehat dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh persaraan pegawai tertakluk kepada dokumen lengkap diterima.
60 hari
06
Memproses permohonan berkaitan urusan pesara di Kaunter MyPesara dalam tempoh 7 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
7 hari bekerja
07
Memproses dan mengeluarkan keputusan permohonan penanggungan kerja dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima.
30 hari
08
Pemakluman keputusan kenaikan pangkat dalam tempoh 7 hari selepas Lembaga Kenaikan Pangkat bersidang.
7 hari
09
Menyelesaikan aduan dan pertanyaan berkaitan HRMIS melalui Meja Bantuan HRMIS Tahap 0 dalam tempoh 3 hari bekerja.
3 hari bekerja
10
Memproses permohonan kebenaran ke luar negara dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
14 hari bekerja
11
Memproses permohonan penyusunan semula struktur organisasi dan perjawatan yang lengkap dalam tempoh 60 hari sebelum dikemukakan kepada JPA Malaysia.
60 hari
12
Memproses surat kelulusan perjawatan yang diterima daripada Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh 14 hari sebelum dibawa ke MMK bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan.
14 hari
13
Menetapkan tarikh sesi perkhidmatan kaunseling dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan diterima.
3 hari bekerja